Jumaat, 25 Jun 2010

AWAS..ULAMA JANGAN PILIH JALAN KE NERAKA

1.Bukan semua ulama itu bagus. Bukan semua ulama akan masuk syurga. Jadi sesiapa yang menggelarkan diri mereka ulama haruslah memilih samada nak menjadi ulama yang ke syurga atau ke neraka. Ulama ke syurga ialah ulama akhirat. Mereka berjuang untuk menyelamatkan manusia dan umat daripada kezaliman dan kegelapan jahiliyyah samada berbentuk pemikiran seumpama sekularisma dan lain-lain.

2. Ulama yang ke neraka pula ialah mereka yang digelar ulama Suu' atau ulama yang jahat atau ulama rice cooker dan peti sejuk. Mereka akan bersama dengan mana-mana golongan yang dapat menjaga periuk nasi mereka atau dapat menyokong kepentingan peribadi mereka.

3.Golongan ini ialah golongan yang paling dirisaukan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan lebih dibimbangi daripada fitnah dajjal. Jadi ulama neraka lebih teruk daripada dajjal. Maka sebagaimana kita harus berhati-hati daripada fitnah dajjal maka seperti itulah kita harus berhati-hati daripada golongan ulama suu' atau lebih daripada itu.

4. Ciri-ciri ulama neraka amat mudah. Bisu dalam menyatakan kebenaran dan Haq atau cenderung kepada kezaliman. Mereka juga suka mendekati pintu istana para pemimpin yang dikenali sebagai zalim. Mereka lupa firman Allah s.w.t :

ولا تركنوا الى الذين ظلموا فتمسكم النار

"Jangan kamu condong atau cenderung kepada kezaliman maka dengan itu kamu akan dijilat api neraka"

Jikalaulah hati yang cenderung kepada kezaliman itu pun diberi balasan neraka oleh Allah maka apatah lagi mereka yang bergelar ulama yang menyertai aktiviti kezaliman.

5. Ulama suu' yang meninggalkan tugasan menentang kezaliman akan diazab oleh Allah lebih awal daripada penyembah berhala atau ahli Syirik walaupun mereka beriman dengan Allah s.w.t. Imam Ibnu Roslan dalam matan Zubad menyebut:

وعالم بعلمه لم يعملن
معذب من قبل عباد الوثن
"Seorang alim yang meninggalkan ilmunya maka akan diazab lebih dahulu daripada penyembah berhala"

6. Oleh itu sekiranya mereka senyap, mereka akan diazab. Sekiranya bersama kezaliman, akan diazab. Sekiranya mendekati golongan zalim dengan alasan untuk berdakwah tetapi tidak melaksanakannya bahkan memberi fitnah kepada masyarakat awam juga akan diazab sebagai tidak cerdik menggunakan ilmu. Inilah yang dikatakan fitnah.

7. Maka untuk mengelakkan diri kita daripada menjadi ulama suu' jangan bersama mereka yang zalim, mendedahkan diri kita kepada kezaliman, jangan jadi syaitan bisu yang takut kepada manusia lebih daripada Allah dan hendaklah kita bersama umat Islam yang membawa wadah yang jelas dasar Islamnya yang ingin menegakkan kebenaran yang hakiki. Bukan bersama mereka yang masuk kedalam lubang najis dan bergelombang dengan dunia najis untuk membersihkan najis tersebut. Kalau pun najis tersebut boleh dibersihkan tetapi bau busuk masih boleh melekat ditubuh mereka.

Rujukan:

1. Ihya' Ulumiddin Imam Al-Ghazali
2.Matan Zubad

petikan: TERATAK AZHARI

WAHABI DAN KEGANASAN

1.Bagi saya, isu keganasan dan isu wahabi adalah dua isu yang berbeza. Isu fahaman wahabiyyah bukan isu yang boleh dipolitikkan secara kepartian. Isu ini adalah isu yang perlu dibahaskan secara ilmiah,berfakta dan penuh dengan kejujuran demi mencari cahaya kebenaran tanpa menyebabkan perpecahan yang kritikal di kalangan umat Islam sendiri.

2.Dalam persoalan ini, umat Islam tidak seharusnya terperangkap dengan mainan musuh Islam iaitu golongan kuffar al-mustakbirin yang ditaja oleh barat yang sentiasa mengintai peluang untuk merosakkan dan memecah-belahkan umat Islam semata-mata perbezaan fahaman dan aliran yang ada di dalam Islam itu sendiri.

3.Umum mengetahui tahap dendam kesumat musuh - musuh Islam yang diketuai oleh al Musyrikin al Gharbiyyin [barat] khasnya Yahudi Alaihi Laknatullah terlalu tinggi dan tebal. Kebimbangan mereka [ musuh Islam ] terhadap kebangkitan Islam di seluruh dunia jelas kelihatan melalui tindak balas mereka yang sungguh luar biasa .

4.Musuh Islam sentiasa merancang pelbagai bentuk tindakan bermula dengan Ghazwatul Fikri atau serangan pemikiran, ancaman dan tekanan ke atas penganut Islam , tangkapan dan seksaan dilakukan kepada pejuang - pejuang Islam , label terrorist dan eksterimis dilemparkan kepada gerakan - gerakan Islam, propaganda untuk melemahkan perpaduan ummat Islam dengan kaedah divide and rule , melaga - laga pemimpin - pemimpin Islam dengan fitnah dan tohmahan licik , mencetus pertelingkahan sengit melalui perbezaan mazhab serta menjatuhkan kredebiliti ulama' dan pemimpin gerakan Islam.

5.Oleh itu, dalam menangani isu berkaitan wahabi umat Islam seharusnya tidak terperangkap dengan mainan musuh yang ingin melihat perbezaan aliran ini bertukar kepada peperangan saudara dan pertumpahan darah.

6.Kita wajib sedar siapakah musuh sebenar umat Islam. Siapakah yang ekstrim dan ganas pada hakikatnya. Isu keganasan Israel terhadap rakyat Palestin yang ditaja oleh Yahudi dan Amerika belum lagi selesai. Terlalu banyak isu-isu yang berkait dengan jatuh dan bangunnya Islam terlalu mudah dilupai oleh umat Islam kerana tenggelam dengan isu perbezaaan aliran fahaman yang hanya berputar dalam ruang lingkup umat Islam tanpa melibatkan orang luar.

7.Kesimpulannya, tidak salah untuk bermuzakarah tentang isu-isu aliran umat Islam dan membincangkan soal fahaman siapakah yang paling benar tetapi jangan sampai kita terperangkap dengan mainan kuffar. Jadi, usaha yang perlu kita lakukan sekarang ini adalah membersihkan nama ekstrimis daripada Islam dan berusaha untuk menyelesaikan isu kepelbagaian fahaman ini dengan bijaksana dengan timbangan fiqh aulawiyyat dan muwazanah sebagaimana contoh yang telah dilakukan oleh para ulama Al-Azhar sejak dahulu sehingga sekarang.


Rujukan:
Ust Nasaruddin Tantawi
Ust Halizal Alias

petikan: TERATAK AZHARI